Marble Machine Wintergatan

Antara Disember 2014 dan Mac 2016, kumpulan ini memuat naik beberapa YouTube mendokumentasikan pembinaan satu kotak muzik yang menggunakan guli untuk memainkan alat muzik oleh Martin Molin. Mesin ini digerakkan oleh engkol tangan, dan berfungsi dengan menaikkan kelereng keluli melalui mesin ke dalam tiub pengumpan, di mana ia kemudian dilepaskan dari ketinggian melalui pintu pelepas yang diprogram, seterusnya jatuh dan memukul alat muzik di bawah. Instrumen yang dimainkan oleh guli-guli tersebut termasuk vibrafon, gitar bes, simbal, dan gendang bes, simbal hi-hat dan gendang getar yang diemulasi menggunakan mikrofon sentuh. Skor muzik disimpan pada dua roda yang dapat diprogramkan yang menggunakan palang Lego Technic dan penyambung stad untuk mencetuskan angker yang melepaskan guli. Video muzik yang menunjukkan mesin tersebut digunakan dikeluarkan pada tahun 2016, dan telah ditonton lebih daripada 171 juta kali.[8][9][10][11]

Sepuluh bulan selepas debut Marble Machine yang asal, kumpulan ini mengumumkan rancangan mereka untuk membuat mesin guli baharu bagi tujuan penjelajahan. Mesin baru tersebut, yang akan dipanggil "Marble Machine X" (Mesin Guli X), akan menyelesaikan banyak masalah fungsi mekanikal dengan Marble Machine pertama. Martin Molin, pembangun Marble Machine pertama, bekerjasama dengan sepasukan jurutera dan pereka serta peminat untuk reka bentuk dan pembinaan Marble Machine X. Marble Machine pertama telah dipamerkan buat seketika di Muzium Speelklok, Utrecht, Belanda namun kini sudah dikembalikan kepada Wintergatan. [12] [13] [14] [15] [16]

Rujukan

WikiPedia: Wintergatan http://www.elegantexposures.com/blog/wintergatan/ http://www.sputnikmusic.com/bands/Wintergatan/4388... http://www.eclat-mag.de/interviews/wintergatan/201... http://wintergatan.net http://www.ibtimes.co.uk/wintergatan-marble-machin... https://www.discogs.com/Wintergatan-Wintergatan/re... https://www.dropbox.com/s/7rq1brfppc5erya/Winterga... https://m.youtube.com/playlist?list=PLLLYkE3G1HED6... https://www.youtube.com/watch?v=C8qyVURtSZc https://www.youtube.com/watch?v=IvUU8joBb1Q